KOPERASI MRSM LANGKAWI BERHAD K-1-0314

KOPERASI MRSM LANGKAWI BERHAD K-1-0314

PROFIL KOPERASI


SEJARAH

Koperasi Maktab Rendah Sains MARA Langkawi telah ditubuhkan setahun selepas Maktab Rendah Sains MARA Langkawi mula beroperasi pada bulan Mac tahun 1999. Bagi memenuhi kehendak dan keperluan pelajar Koperasi Maktab Rendah Sains MARA Langkawi Berhad telah didaftarkan dengan Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) pada November 1999. Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi yang pertama telah diadakan pada 16 April 2000.

 
Koperasi ini beroperasi di ruang bangunan yang sangat strategik iaitu berada di kawasan utama ruang bangunan Maktab Rendah Sains MARA Langkawi. Ianya berhampiran dengan blok-blok kelas akademik, asrama putera dan asrama puteri di  mana ianya amat memudahkan pelajar untuk berurusan. Bangunan ini menempatkan sebuah pejabat operasi, sebuah bilik dobi dan sebuah kedai runcit. Keanggotaan koperasi ini pula adalah terbuka hanya kepada semua para pelajar, guru-guru dan kakitangan yang berkhidmat di Maktab Rendah Sains MARA Langkawi ini.

 
Selepas penubuhannya secara rasmi sejak 13 tahun yang lalu koperasi ini terus berusaha menabur bakti membantu para pelajar dan pengurusan maktab. Mencuba sedaya dan sebaik mungkin memberikan perkhidmatan dan sumbangan yang terbaik demi kecemerlangan maktab. Walau sekuat mana cabaran mendatang  sehebat mana dugaan yang tiba Koperasi Maktab Rendah Sains MARA Langkawi Berhad tetap gagah mengharungi apa jua rintangan meneruskan agenda memantapkan institusi koperasi sekolah sebagai suatu aset pembangunan negara.

 
 
VISI

 Menjadi sebuah koperasi sekolah yang unggul, berkompetensi, berkreadibiliti dan diberkati.

 
 
MISI

·         Memupuk nilai murni berteraskan prinsip-prinsip Koperasi.
 
·         Mencapai tahap kredibiliti yang tinggi dan terkehadapan dalam pergerakan Koperasi Sekolah.
 
·         Menyediakan peluang latihan keusahawanan dalam kalangan pelajar, menyediakan perkhidmatan berkualiti dan harga jualan yang berpatutan untuk kepentingan dan kebajikan seluruh warga sekolah.

 

OBJEKTIF

·         Membentuk amalan jimat cermat dan berdikari dikalangan warga koperasi.

·         Mengasuh bakat kepimpinan, menyemai sifat-sifat serta unsur-unsur demokrasi.

·         Menggalakkan sikap bekerjasama serta saling bantu membantu antara satu sama lain.

·         Menjaga kepentingan anggota dan koperasi dengan cekap, amanah dan berkualiti.

·         Mengembangkan kemampuan berorganisasi, menggalakkan kebiasaan untuk berinovasi, belajar menyelesaikan masalah dan berkebolehan memberi khidmat bakti kepada sekolah dan masyarakat.

 

MOTTO

“Dari kita untuk kita demi manfaat kita bersama”